Mahligai Syahdu - Hattan

Lagu & Lirik: M. Nasir (Nurbisa)
Album: Antem (1992), Meniti Perjalanan (1998), Rock Malaya Hattan Greatest Hits 1990-2005 (2005)




Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku


Namun jika kau datang ini
Untuk menggilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra



Mungkin jua aku kan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana


Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu...


[muzik]

Namun jika kau datang ini
Untuk menggilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra


Mungkin jua aku kan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana


Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu
Di pintu gerbang mahligai... syahdu


Trivia
- Lagu ini adalah finalis di Juara Lagu 1992 dalam kategori Pop Rock.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan