Aku Kehilanganmu - Francissca Peter

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan
Album: Sekadar Di Pinggiran (1986)



Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaanku pasti berlarutan
Kerna di kecewakan

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama



Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan


Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...


[muzik]

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama


Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan


Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...



Trivia:
Album solo ketiga Fran ini mendapat status 'double platinum'. 
- Sebelum melahirkan album solo, Fran telah merakamkan 2 buah album duet bersama Royston Sta Maria, dan mereka digelar 'Roy & Fran'. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan