Cinta Azali - Nurul

Lagu & Lirik: Azizan Sulung
Album: Nurul (1995), Cita Dan Cinta (2000)




Semenjak mula kita bersua 
Bergetar rasa di dalam jiwa 
Apakah ini tandanya 
Ada janji antara kita


Setiap hari kita berdekatan 
Rasa hangatnya kemesraan 
Bila kita berjauhan 
Gelora jiwa kerinduan


Kita bersama terus kembara 
Jauh ke taman asmara 
Di sana cinta berpadu 
Menjadi satu.... oh oh


Demi cinta suci ini 
Kurnia dari Ilahi 
Biarpun ke lautan api 
Sanggup diharungi


Memang sudah suratan azali 
Kita dipertemukan di dunia 
Sehingga kita kembali 
Bertemu semula di syurga


Semenjak mula kita bersua 
Bergetar rasa di dalam jiwa 
Apakah ini tandanya 
Ada janji antara kita


Setiap hari kita berdekatan 
Rasa hangatnya kemesraan 
Bila kita berjauhan 
Gelora jiwa kerinduan


Kita bersama terus kembara 
Jauh ke taman asmara 
Di sana cinta berpadu 
Menjadi satu.... oh


Demi cinta suci ini 
Kurnia dari Ilahi 
Biarpun ke lautan api 
Sanggup diharungi


Memang sudah suratan azali 
Kita dipertemukan di dunia 
Sehingga kita kembali 
Bertemu semula di syurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan