Dondang Dendang - Noraniza Idris

Lagu: Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah)
Lirik: Hairul Anuar Harun
Album: Masyhur (1998)



Selangkah mengikut rentak (hai rentak)
Rentak budi rentak bersajak (rentak budi berentak)
Kata madah hati pujangga
Bagai panah mencari jiwa
Firasat tinggalan ibunda


Searah menyusun gerak (hai gerak)
Gerak tari gerak sejambak (gerak tari bergerak)
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia


Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Usah sunyi lena didodoi zaman
Atau hanya tinggal kenangan


Masyhurkan (dondang dendang)
Kembalikan (dondang dendang)
Bersua rindu yang lama
Serikan (dondang dendang)
Abadikan (dondang dendang)
Bergema di serata buana

Masyhurkan (dondang dendang)
Ceritakan (dondang dendang)
Selama hasrat membara
Alunkan (dondang dendang)
Iramakan (dondang dendang)
Selagi hayat dijulang masa


[muzik]

Searah menyusun gerak (hai gerak)
Gerak tari gerak sejambak (gerak tari bergerak)
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia

[muzik]

Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Usah sunyi lena didodoi zaman
Atau hanya tinggal kenangan

Masyhurkan (dondang dendang)
Kembalikan (dondang dendang)
Bersua rindu yang lama
Serikan (dondang dendang)
Abadikan (dondang dendang)
Bergema di serata buana

Masyhurkan (dondang dendang)
Ceritakan (dondang dendang)
Selama hasrat membara
Alunkan (dondang dendang)
Iramakan (dondang dendang)
Selagi hayat dijulang masa

Masyhurkan (dondang dendang)
Kembalikan (dondang dendang)
Bersua rindu yang lama
Serikan (dondang dendang)
Abadikan (dondang dendang)
Bergema di serata buana

Masyhurkan (dondang dendang)
Ceritakan (dondang dendang)
Selama hasrat membara
Alunkan (dondang dendang)
Iramakan (dondang dendang)
Selagi hayat dijulang masa....


Trivia:
- Lagu ini merupakan finalis dalam kategori Irama Malaysia dalam Anugerah Juara Lagu ke-14 pada tahun 1999. Ia tumpas di tangan lagu "Hati Kama", lagu yang juga dinyanyikan oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.
- Album "Masyhur" telah memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1999.
- Lagu ini turut dinyanyikan semula secara duet bersama Siti Nurhaliza dan dimuatkan dalam album duet mereka "Seri Balas" pada tahun 1999. Album itu telah memenangi anugerah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan