Merisik Khabar - Sudirman

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan
Album: Setelah Kau Tiada (1995), Kul it! (1986/2011), Pilihan Sentimental Emas (1998), Terunggul (2008), 101 (2012)


Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...


Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mataku
Tiap waktu...


Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Ke mana pergi, harga diri ini...


Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari...
Bersama luka di hati...


[muzik]

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
Ooohhh...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Ke mana pergi, harga diri ini...

Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari...
Bersama luka di hati...


Trivia:
- Sudirman memenangi anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu ini dalam Anugerah Juara Lagu 1987.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan