Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Bob Lokman
Album: Nash (1992)




Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia


Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara


Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia


Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar


[muzik]

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa


Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar


Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama


Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti…



Trivia
- Lagu ini dimuatkan dalam album solo pertamanya.
- Lagu ini menjuarai kategori pop kreatif serta lirik terbaik dan menjadi juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu 1992.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan