Arjuna Beta - Fynn Jamal

Lagu: AG Coco & Fynn Jamal
Lirik: Fynn Jamal
Album: Arjuna Beta (2014)



Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur


Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri


Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela


[muzik]

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda


Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Oh oh oh....
Hmm... hmm.. hmm...

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Ah... ah ah ah......

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Ah... ah ah ah......


Trivia:
- Fynn Jamal menulis lagu ini buat anaknya, Bakti Arjuna Fitri. Setelah beberapa tahun berumah tangga tanpa dikurniakan cahayamata, beliau dan suaminya mengambil seorang anak angkat. Tak lama kemudian, mereka dapati bahawa anak mereka itu menghidap penyakit jantung berlubang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan