Janji Manismu - Aishah

Lagu: Adam Ahmad
Lirik: Wan Aishah
Album: Aishah (1990), Koleksi Abadi (2014)


Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan


Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kan selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaranMu Tuhan...

[muzik]

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaranMu Tuhan...
Oh oh oh.... oh oh...


Trivia:
- Lagu ini telah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990.
- Lagu ini dimuatkan dalam album solo pertama Aishah selepas kumpulannya Fan Club, yang bertapak di New Zealand, dibubarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan