Suci Dalam Debu - Iklim

Lagu: Wan Zul
Lirik: S. Amin Shahab
Album: Satu Kesan Abadi (1990)



Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita


Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa


Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia


Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua


[muzik]

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa


Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia...


Trivia:
- Lagu ini telah melonjakkan nama kumpulan Iklim. Ia telah memenangi banyak anugerah muzik di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anugerah Seri Angkasa RTM (1990), Juara Lagu 1990 (Anugerah Lirik Terbaik), Anugerah Bintang Popular 1990, dan Anugerah HDX Awards Indonesian Music Industry 1992.
- Pada tahun 1991, sebuah filem berjudul "Suci Dalam Debu", arahan Zulkifli M. Osman, telah diterbitkan. Ia dibintangi kumpulan Iklim bersama Julia Rais, Sidi Oraza, Aziz Sattar dan Afida Es.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan