Lagu: Jari
Lirik: Habsah Hassan
Album: Wajah (1995), Koleksi Abadi (2014)
Sendiri dalamLirik: Habsah Hassan
Album: Wajah (1995), Koleksi Abadi (2014)
Sepi malam ke pagi
Mencari jawapan
Berputar-putar
Soalan bertemu soalan
Penawar yang
Ku beri kiranya racun
Sebagai balasan
Hilangkah budi
Oleh kejahilan
Ku persembah
Intan dan permata
Tapi bagimu
Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita
Kelopak berseri
Di tanganmu
Berderaian layu
Lalu...
Ku kutip semula
Sisa cinta
Dan beralih arah
Pada Yang Esa...
Walau diri hina
Tak berharga
Tetap diterima
Kelopak kelayuan
Dipulihkan
Akhirnya kembali
Keyakinan...
Pada diri...
[muzik]
Ku persembah
Intan dan permata
Tapi bagimu
Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita
Kelopak berseri
Di tanganmu
Berderaian layu
Lalu...
Ku kutip semula
Sisa cinta
Dan beralih arah
Pada Yang Esa... oh
Walau diri hina
Tak berharga
Tetap diterima
Kelopak kelayuan
Dipulihkan
Akhirnya kembali
Keyakinan...
Pada diri...
Trivia:
- Lagu ini telah dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik dan album Wajah telah memenangi Album Pop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 1996.
- Dalam Anugerah Juara Lagu 1995, lagu ini telah memenangi anugerah dalam kategori Balada, Persembahan Terbaik dan Juara Lagu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan