Terasing - Sudirman

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan
Album: Setelah Kau Tiada (1995), Pilihan Sentimental Emas (1998), Terunggul (2008), 101 (2012)



Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan


Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri


Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari
Kau tak kan kembali...


Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikata pasangan bahagia
Kini terasing luka


[muzik]

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari
Kau tak kan kembali...

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka


Trivia:
- Pada tahun 2015, kumpulan KRU telah mengambil korus lagu ini dan menggabungkannya dengan lagu Perpisahan (nyanyian kumpulan Revolvers) untuk menghasilkan lagu mereka bertajuk Perpisahan Terasing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan