Lirik: Nazim / Mohd Asri Ibrahim
Album: Pergi Tak Kembali (1999)
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
[muzik]
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
(Amalan di dunia...)
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
(Di alam barzakh sana...)
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Allah... La ilaha ilallah...
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
Trivia:
- Album Pergi Tak Kembali telah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-8 pada 2001 dalam kategori Album Nasyid Terbaik, namun tewas kepada album mereka juga yang tertajuk Iqrar 1421.
- Album ini telah membawa banyak perubahan dalam konsep irama kumpulan Rabbani, di mana lagu-lagunya lebih segar diadun dengan alat muzik moden dan cergas (Wikipedia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan